AKU SEORANG PENJUAL NASI LEMAK..
Ada 3 cara untuk 'handle kesempitan wang':
1)Cara pertama yg ramai org akan buat semasa susah adalah menunggu kesusahan itu hilang tanpa usaha mencari penyelesaian.
2)Meminta bantuan dari org lain.
3)Menambah sumber pendapatan seperti buat part-time, jual burger, jual nasi lemak, berniaga online dan sebagainya.
Saya memang no 3 sejak zaman pelajar perubatan lagi. Masa zaman universiti, saya dgn teman karib jual nasi lemak. Masa tu kami kumpul wang untuk melancong ke London.
Walapun kelas kami setiap hari selama 6 hari seminggu, hanya hari Ahad sahaja kami boleh berniaga/bercuti. Tapi kami gigih bangun jam 3 pagi untuk memasak beratus-ratus bungkus nasi lemak. Yes. Order kami terima memang beratus. Gigihnya saya potong ayam sampai 16 ekor.
Rasa macam nak patah jari-jemari.
Nasi lemak, ayam berempah kentucky.
Tepat jam 10 pagi, kami akan siap packing. Kami akan buat penghantaran.
Kawan saya Dr Syuhada akan hantar area lain, saya akan fokus area lain.
Kami usung beg 'paper back Mango' dan naik trolleybus.
Biar jual nasi lemak tapi kena pakai bergaya.
Malu.
Sampai org yg nak collect nasi lemak tu tak perasan yg I ni penjual nasi lemak dia.
Dalam jam 11 pagi, kami sampai rumah dan kira duit.
Syud kira duit tapi saya jaga akaun.
bestfriends in London.
Akhirnya kami dapat melancong ke London. hahahaa.
Bila teringat balik, tu mmg pengalaman yg best untuk kami.
Bila mula kerja sebagai doktor di hospital, sibuk2 pun tetap buat part-time di klinik selepas kerja walaupun selepas oncall. Masa itu takde anak, jadi saya dgn suami mmg pulun habis kerja sampai jumpa sekejap2 sahaja.
Bila ada anak, saya bawa anak pula bila pergi klinik, Isabella.
Saya pernah kerja selama setahun tanpa ambil cuti even cuti hujung minggu.
Sehingga rasa nak muntah bila fikir kerja. Hahahaha. Too much work is no fun.
Bila mengandung kedua, saya kurangkan masa bekerja supaya tidak mengganggu kesihatan tetapi masih continue buat part-time extra hours.
Sampai rasa penat nak pengsan (sebelum ambil shaklee)
Kerja sehari 14 jam.
Cuma weekend saya cuti. Tapi 5 hari saya kerja 14 jam sehari sehingga saya beranak.
Bila anak dah ramai, rasa makin malas nak buat locum byk2, saya mula berminat dgn bisnes.
Saya nak suatu bisnes yg boleh stable kan ekonomi keluarga saya, mendapat pendapatan sebanyak yg saya dapat sebgai seorang doktor, tanpa korbankan masa dgn anak-anak.
Jadi, saya bermula dgn bisnes online Shaklee.
Pada mulanya saya memang ragu. 2 bulan saya fikir.
Saya nekad untuk mencuba.
Terus jadi ahli dan terus menjual.
Alhamdulillah, sale bulan pertama mencecah RM 17 000.
Saya terus dilantik menjadi supervisor.
Saya berjaya mempunyai ahli dibawah seramai 20 orang. Saya tubuhkan team members saya.
Dalam masa 4 bulan sahaja, sale group kami mencecah RM 80 000.
Pada mulannya, suami saya ragu-ragu,'U boleh ke?'
Maklumlah, pertama kali tgk saya nak menjual online ni hehehe.
Tapi pada saya, bila kita nak mulakan sesuatu, tak kiralah nak bisnes ke nak berlakon ke nak skor exams ke, mesti setkan diri kita,'Failure is not an option'.
Kalau kita set,' Aku cuba dulu, kalau tak dapat takpela'.
InsyaAllah tak dapat.
Mesti dapat.
MESTI!!!
InsyaAllah semua benda kita akan dapat.
Itu prinsip hidup saya sejak kecil.
Kalau saya bukan seorang doktor, saya saya akan jadi tutor atau ajar tuisyen.
Kalau sekarang pun boleh nak ajar. Memang jiran-jiran request tapi gaji buat locum lagi masyuk.
Kalau saya bukan seorang yg boleh mengajar, saya akan jual burger atau nasi lemak.
Saya admire orang yg ada survival skill.
Muda- muda dah berniaga goreng pisang cheese. Tu faveret I tu.
Saya ada ego yg tinggi. Kalau saya susah pun orang takkan tahu. Jenis saya adalah usaha habis-habisan. Hanya suami tahu usaha saya tapi saya bukan jenis merungut. Dia pun susah nak teka. Saya nak... maka saya buat. Ayah saya sgt faham perangai anaknya yg kuat bekerja ni. Dia pun tahu anak dia takkan bercerita sepertimana dia jenis tak merungut juga.
Tapi sebagai seorang ayah yg kenal anaknya yg mempunayi perangai sama seperti dirinya sendiri, ayah boleh baca.
Sampai ayah pernah bgtahu suami,'Shipah tu dia memang mcmtu. Dia ingat dia boleh buat semua sendiri'.
Tapi ayah yg ajar sejak kecil macam tu. Mesti usaha. Mesti kuat.
'Mengaji mesti kemaih (hebat). Adik mesti kemaih. Jgn komplen sb Allah tak suka. Kita mesti usaha, maka kita akan dapat. Orang malaih Allah tak suka. Mengaji mesti mantap kalau tidak orang gelak kat ayah. Biaq anak sorang tapi anak ayah kemaih dari ramai anak tapi semua tak boleh diharap'.
Perghhh ayat masa kecik dah kena laguni. hahahaha.
Ayah pula pengetua cemerlang sekolah asrama penuh.
Ayah saya adalah motivator saya sejak I kecil sehingga tahap saya adalah pakar motivasi suami. Hehehe. Diri saya sentiasa bermotivasi. Sgt kuat motivasi diri. Saya selalu cakap pada suami,'harap-harap anak kita ikut I. Sentiasa bermotivasi. Tak perlu pergi kem motivasi pun masa nak periksa dulu'.
Alhamdulillah, Allah S.W.T selalu mudahkan saya. Walaupun saya lepas pantang Isabella, cuti tanpa gaji sehingga 6 bulan, saya usung anak buat locum. Anak pula jenis baik. Tapi baby, biasalah kdg2 stress juga tapi saya tetap akan buat apa yg saya nak. Walaupun ada masalah, tapi bila saya usaha, Allah sentiasa beri jalan keluar dan permudahkan.
Saya bukan pemberi alasan.
'Alaaa ada anak tak boleh nak kerja'.
'Alaa ada anak bz, tak sempatlah nak berniaga online, nak post iklan'.
'Alaaa penatlah'.
'Alaaa takde modal nak bisnes'.
'Alaaa tak pandai menjual'.
Semua alasan itu ada penyelesaiannya.
Sama ada kita nak atau tidak.
Bukan kita sorang saja susah. Ramai lagi yg lebih susah, lebih cacat, tapi tetap usaha.
Kita mesti:
1) USAHA
2)IRINGI DOA
3)BERSYUKUR.
Bersyukur bukan maksudnya malas.
Saya seorang yg sgt bersyukur.
Sebab tu saya tak komplen.
Bersyukur dgn nikmat yg Allah S.W.T berikan.
Tidak pernah miskin, tidak pernah tidak cukup.
Saya mampu berikan kpd anak-anak saya yg terbaik.
Education, masa, percutian, mainan, pakaian, makanan yg sihat, supplemen, aktiviti yg berfaedah, tempat tinggal yg selesa dan lain-lain.
Disebabkan rasa syukur, saya suka memberi.
Tapi sebenarnya saya lebih suka menolong org mencari rezeki dari memberi.
Sebanyak mana sgt saya boleh beri.
Tapi kalau saya tlg orang lain sehingga mampu berdikari untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak-anak, itu lebih besar pahalanya.
Kalau saya boleh salurkan semangat dalam diri saya ini kepada org lain yg susah, saya akan lakukan.
Kalau ada mesin mcm tu kan best. You mesti recharge dan terus ada jalan untuk tambah pendapatan.
Saya tahu ramai yg susah. Ramai yg approach saya. Tapi byk alasan.
Adik, awak takkan berjaya dgn alasan sekecil ni. Awak tak cacat. Awak takde penyakit yg kronik. Awak patut bersyukur.
Akak jumpa ramai org yg nikmat ditarik oleh Allah S.W.T seumur hidup.
Namun, mereka tetap gigih mencari rezeki.
Post ini untuk suri-rumah yg ingin menambah pendapatan.
Post ini untuk mereka yg menganggur.
Post ini untuk mereka yg bosan menunggu rezeki sebaliknya ingin mencari rezeki.
Join team saya Rich young Group untuk menjana pendapatan dgn mantap.
Disebabkan saya serius dgn bisnes saya, saya hanya buka peluang kpd mereka yg betul2 memerlukan.
Kerana saya perlu guna tenaga, masa saya dan segalanya untuk bimbing anda.
WA DR MUMMY 012-340 0780
Sekian bebelan pagi ini. Nak p makan nasi lemak. hehehe
Mantap. Ku terinspired!
ReplyDelete