EBOOK AKU ORANG GILA!!!


'I rasa I orang gilalah sayang,' ayat pertama saya katakan kepada suami sambil masuk ke dalam kereta. Baby Camy saya dakap dgn rapat.
Jam menunjukkan 10.30 malam.
Saya baru selesai tugas di sebuah klinik.
Ramainya orang datang. Saya penat tak terhingga.
Masyaallah.
Setiap hari yang saya lalui sungguh sibuk dan memenatkan.
Saya terpaksa bawa baby Camy kerana masih tidak pandai menggunakan botol.
Baby Camy sangat attach kepada saya.
Pernah saya tinggal baby Camy dgn suami pada waktu malam, dan saya pulang untuk menyusu. Ia sungguh memenatkan saya.
Tapi suami pula terpaksa mendokong Baby Camy setiap masa.
Itulah perangai Baby Camy bila mommy tiada.
Selain menangis nak susu setiap setengah jam. Kesian.
Jadi saya ambil keputusan bawa sekali ke klinik. 

Sama seperti Kakak Isabella dahulu, mommy bawa ke klinik bersama.

HIDUP TANPA ALASAN.

Itu hidup saya.

TIADA ALASAN.

Dahulu semasa bekerja sebagai doktor di sebuah hospital di Kuala Lumpur, saya nertugas 36 jam secara berterusan, dan masih saya pulang ke rumah untuk berehat sebentar dan masuk bertugas 'locum' di klinik swasta.
Penat itu bukan penghalang.
Masa tu rakan-rakan lain pun gigih mencari extra income dengan locum.

Bila mengandung, saya masih bekerja di klinik kesihatan sambil locum pada waktu malam sehingga jam 10 malam setiap malam.

Duit extra saya simpan untuk beli barang-barang anak.
Saya simpan untuk pergi melancong ke Seoul pada tahun itu.

Ada tak doktor yg sarat mengadung tapi gigih buat part time lagi??

Saya bekerja sehingga saya beranak.

Ada anak pula kes lain.
Cabaran lebih besar.
Penatnya hanya Allah yang tahu.
Penat jaga anak.
Anak tak ingin botol.
Suami selalu outstation sebulan lamanya.

'I ni macam janda anak satulah syg.  Suami asyik takde saja', saya berseloroh dengan suami.

Suami saya selalu ada kerja diluar. Shooting berbulan lamanya. Sebaik sahaja saya lepas pantang, suami sudah ke luar negara selama sebulan setengah.
Tinggallah saya dengan Isabella yang pada ketika itu berumur 3 bulan.

Malam-malam, rumah Semi-d tu sunyi sebab jiran-jiran belum masuk lagi. depan rumah pula hutan.
Saya pulak pulang kerumah jam 11 malam.

'Ishkk kalau babi hutan keluar dari hutan depan rumah aku ni, nak sondol aku, dengan baby seat Isabella ni tertungging sekali. Takut pulak aku. hehehe. Haritu dengar kata penduduk taman, tembak babi hutan. Kat Putrajaya ada babi hutan???' saya gelak sendiri.

Ada malam Isabella seperti diganggu.
Kalau nak ikutkan takut, haaaa, memang saya takut.
Tapi saya tak bagitahu suami atau ibubapa.
Tak nak mereka risau.
Saya pula tak mahu tinggal dengar ayah saya.
Saya selesa di rumah sendiri.

Memang saya usung Isabella ni kemana-mana seorang diri.
Sehingga Isabella berusia 6 bulan, baru berjaya terima botol.
Baru tinggal pada taska di taman.
Saya fokus pada kerja dan part-time.

Rakan-rakan lain dah tak mahu buat locum sebab penat, ada anak, nak spend time dengan keluarga.
Saya pula masih sama.
Weekend pun saya locum pagi jam 9 sehingga 11 malam. Sebulan tu tiada cuti selama setahun.
Duit memang banyak. Sebulan maintain RM 20 000.
Hujung tahun melancong ke Europe.
Tapi penat nak mampus.
Hahahaha.
Sampai dah NAK MUNTAH nak kerja lepas tu.

ALL WORK NO PLAY IS NO FUN.

Balik Europe, baru nak fokus kerja dan bisnes, tetiba pregnant pulak anak kedua.
Isabella dah setahun 3 bulan masa tu.
Alamak!!
Kursus permata pun dah habis. Exam dah buat. Praktikal dah selesai.
Masa tu tengah buat bisnes plan.

Macam mana ni?
Masa tu saya  tgh set up nak buka taska.
Ikutkan tarikh bersalin adalah bulan November. Saya plan nak buka taska.
Sudah.
Takkan dalam pantang nak pergi tgk org cat taska?
Susahnyeeee..
Pregnant, kerja, jaga anak, nak set up bisnes pula.


Apa plan Allah masa tu?
Saya tertanya.
Kan aku dah doa aku nak buka taska.
Kenapa Allah bagi aku pregnant sedangkan kami tidak bersama semasa aku subur.
Padahal kami dah berhati-hati.
Sebab tahun tu saya tak boleh pregnant.
Kalau ikutkan masa kami bersama itu, memang tak patut mengandung langsung. Dah hari ke23. Ovulasi apa waktu tu.
Saya ingat sebab bulan tu kami tersangatlah busy, jarang berjumpa.

Apakah hikmah disebalik ini???
Ya Allah.
Bolehkah aku bekerja double work ketika mengandung bersama anak aktif baru dapat kaki ni??

Boleh kata saya terduduk seketika (beberapa bulan).

TO BE CONTINUED.........



Comments

Popular Posts