AMALAN MENJEMPUT REZEKI!!

ALHAMDULILLAH. SYUKUR.
RICH YOUNG GROUP CLOSING DGN JUMLAH SALE 
RM 20 885. MENINGKAT DARI JUALAN BULAN LEPAS IAITU RM 17 000 ++.
Susah ke?
Tak susah pun. Sambil menyusu anak sambil menjual Shaklee ;)

Yg paling utama:
1)niat menjual utk menolong tambah baik kesihatan org bukan nak kaya.
2)Jujur dan ikhlas dlm urusan.
3)Jaga hati pelanggan dan bersabar melayan kerenah.
4)Jangan komplen, marah2 atau bermasam muka. Rezeki tak masuk, suami pesan.
5)Ringan membantu org, berkongsi ilmu.
6)Last but very very important--->LAKUKAN AMALAN MENJEMPUT REZEKI.

i)Banyak bersedekah
ii)Solat Dhuha 
iii)Solat Tahajjud
iv)Baca Al-Quran dan berzikir.
v)Banyak berdoa. Selalu berdoa
vi)Grateful to Allah S.W.T. Bersyukur dan ingat mati.

Ini ilmu yg saya pelajari secetek pengalaman saya dlm berniaga.
Ilmu yg berharga.
Dulu tau tapi tak selalu buat. Sekarang semua buat.

Beribadat bukan semata-mata nak kaya, itu salah. Mulanya kerana kita nak meminta. Lepas tu kerana kita dah terbiasa buat menjadi rutin. Maka pintu hati akan makin terbuka. Kita berubah ke arah memantapkan kerohanian dgn sendirinya. Kononnya masa tak cukup nak baca Al-Quran setiap hari walaupun sekali. Tetiba masa cukup untuk baca sampai 2-3x.

Tutup saja kitab....tutt tuutt rezeki masuk. Sambil jawab soalan sambl berzikir. InsyaAllah closing deal mesti jadi.
Lipat telekung selepas solat tuuttt tuuttt rezeki masuk.

'Aiii lajunya Ya Allah.. Jwb doa ceq tadi. Tq Allah'

Hati tenang. Patutlah ayah dan arwah tok tak pernah tinggal solat sunat Dhuha ni.

Kita sedar kebaikan yg Allah S.W.T berikan terutama bila melihat wajah anak2. Lantas berdoa,'Ya Allah, kau pinjamkan anak-anak kami ini lebih lama. Panjangkanlah umur kami dan suami kami. Bahagiakanlah..... dan seterusnya'.

Then suami masuk bilik ckp,'lama betul berdoa'. Hahaha selama ni pendek saja doa isteri tu. Doa sekarang semua org saya sebut. Maka lamalah jwbnya.

Itulah antara amalan yg saya amalkan sejak mula berniaga. Dan alhamdulillah, semakin banyak beramal, semakin byk ganjarannya.

Cuba-cubalah:)

Comments

Popular Posts